Perkahwinan menghalalkan segala yang haram sebelumnya. Ia adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh hampir setiap teruna dan dara. Saat yang penuh nikmat dan saat yang penuh debaran. Nikmat kerana hanya dengan perkahwinan, segala persoalan, batasan dan khayalan kini diungkai sepenuhnya. Dalam pada itu, perkahwinan juga menghadirkan debaran-debaran pada hati kedua mempelai tatkala diijab kabul, malam pertama dan tanggungjawab yang mendatang.
1.Yang berkemampuan. 2.Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. 3.Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. 4.Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. 5.Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. 6.Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. 7.Mudah memaafkan. 8.Datang daripada keturunanorang yang baik-baik lagi rajin beribadah.